Thursday, December 31, 2009

Ucapan Pengetua


: Ustaz Shaleh Bin Abdul Rahman


بسم الله الرحمان الرحيم

الحمد لله الذي خلق الإنسان وعلمه البيان، ونزل القرءان بلسان عربي مبين،والصلاة

وسلام على معلم البشرية وخاتم المرسلين،وبعد،

Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya sekolah menengah agama rakyat iaitu Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah, Kulim (SMART) dapat dibangunkan dan bertahan hampir 50 tahun hasil usaha penduduk tempatan dan pihak pentadbiran sekolah.SMART merupakan sekolah menengah agama rakyat “Tunggal” yang terletak di kawasan Bandar. Kini, sekolah ini berkembang mengikut kesesuaian peredaran masa, memenuhi keperluan pendidikan dan kemudahan prasarana pendidikan yang tidak kurang hebatnya seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan lain. Untuk kemudahan pelajar, sekolah ini menyediakan kelengkapan seperti surau, perpustakaan, makmal komputer, bengkel pertukangan dan bilik-bilik khas untuk aktiviti kokurikulum pelajar.

SMART diselenggarakan di bawah pemantauan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan mendapat bekalan buku teks percuma daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah ini juga mempunyai tenaga pengajar terlatih di bawah bimbingan JAIK. Sepanjang penubuhan SMART telah melahirkan ramai cendiakawan dalam bidang akademik dan arab, lulusan universiti di dalam dan luar negara seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Al-azhar, Mesir dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Di samping itu, SMART juga melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian aktif dalam bidang sukan.

Bersesuaian dengan keperluan semasa, SMART menawarkan peperiksaan awam seperti:

i- Penilaian Menengah Rendah (PMR)

ii- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

iii- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Sebagai membantu pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang arabiah, peperiksaan berikut diseliakan oleh JAIK seperti:

i- Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)

ii- Sijil Tinggi Agama (STA)

Ini bertujuan untuk menberikan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar bagi menyambung pelajaran dalam bidang tertentu. Ini juga merupakan satu kelebihan yang boleh diperolehi di SMART.

Justeru itu, SMART boleh di lihat sebagai satu medan pendidikan yang sesuai baga ibu bapa mendapatkan pendidikan akademik dan arabiah untuk anak-anak mereka. Hasilnya lahirlah insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berjaya di dunia dan akhirat.

Sekian, Wassalam.

No comments: